Tuesday, January 3, 2012

surau itu aku selalu pergi walau tak hari-hari.

surau itu aku selalu pergi walaupun tak hari-hari.

satu hari, aku rasa aku dalam kesempitan. mental dan fizikal ku rasa begitu sesak. masalah yang datang bertubi-tubi dan bercampur aduk menjadi rojak. tapi rasanya jauh sekali dari enaknya haruman rojak.

orang lain, ku rasa tak menyedarinya. sungguh! aku malu ingin berkongsi dengan dia ataupun mereka. rasa ada secalit tahi ayam didahiku membuat aku berasa sungguh segan dan tak enak.

waktu menggamit dengan masalah yang berlegar difikiran. namun, aku menyedari bahawa tawakal ku agak kurang untuk ku sandarkan pada DIA.

Hinggalah satu hari, mataku tertancap sesuatu. di surau itu. surau yang aku selalu pergi walaupun tak hari-hari.

aku cuba memejamkan mata, merehatkan minda. walau ketika itu aku nampak apa dihadapanku. aku cuba memaksa hati ku membacanya. disamping ingatan ku yang makin tumpul aku asah untuk mengingati setiap bait2.


bertanya pada hati, mengapa dilupakan kepada Pencipta. Dia tempat aku menyandarkan segalanya. pendek kata, tawakal! seakan aku baru cuba mengingati ejaan "tawakal". syukur! aku masih boleh mengeja dan menyerapnya di setiap pembuluh darah. agar cecair itu mengalir dengan tawakal pada DIA.

tahu apa yang aku rasa tika ini? ada seseorang yang sudi meringankan keserabutan akal dan kotak fikiran ku. Alhamdulillah! DIA tolong aku melalui seseorang.

dan rojak serabut itu, menjadi sesuatu yang sangat enak! moga-moga "rojak-rojak" yang akan datang juga akan turut enak. insyaAllah.

0 bicara: